Fonologi dan Penyebutan Bahasa_Inggeris_Malaysia

Secara rasminya, Bahasa Inggeris Malaysia menggunakan sistem penyebutan yang sama dengan Bahasa Inggeris Britain. Akan tetapi, kebanyakan rakyat Malaysia bertutur menggunakan penyebutan yang tersendiri (Slanga). Slanga ini sebelum ini berkembang menjadi slanga rakyat Amerika, melalui aliran masuk kebanyakan program TV daripada Amerika dan banyak rakyat Malaysia yang melanjutkan pelajaran di Amerika Syarikat. Contohnya, bertambahnya penegasan kepada huruf "r" dalam perkataan seperti referring (merujuk) dan world (dunia) apabila bertutur dalam bahasa Inggeris amnya.